Tahukah
anda jenama “APOLLO” adalah jenama helmet yang paling awal
dikeluarkan oleh Solidgold Helmets ?
Helmet
'APOLLO' yang pertama dikeluarkan lebih kurang pertengahan tahun
1981. Jadi helmet APOLLO yang pertama dikeluarkan sudah lebih dari
33 tahun lepas. Jika sesiapa yang dapat cari helmet tersebut, ianya
betul-betul RARE sebab kilang pun tak ada simpan helmet tersebut.
Bila
SIRIM tukar standard baru iaitu MS 1:1998, helmet APOLLO ialah helmet
yang pertama dikeluarkan. Helmet APOLLO dengan serial no. PEA0000001
masih kami simpan.
Helmet
APOLLO boleh dikatakan antara jenama helmet yang paling awal
berbanding dengan jenama-jenama helmet lain buatan Malaysia di dalam
pasaran masa kini.
Banyak
model-model helmet APOLLO yang telah dikeluarkan. Contohnya, APOLLO
GS, APOLLO 99, APOLLO 88, AP88 dan SG88.
APOLLO 99
APOLLO GS
APOLLO 88
APOLLO SG88
Pada
satu masa dahulu, helmet APOLLO adalah helmet yang paling popular di
Malaysia.
Tapi
dalam 20 tahun sebelum ini helmet-helmet jenama lain yang lebih
kurang sama 'design' dengan helmet APOLLO telah menjadi lebih
popular. Contohnya helmet MS88 yang BUKAN keluaran Solidgold
Helmets.
Dalam
masa lebih kurang 20 tahun tersebut, Solidgold Helmet tidak membuat
promo atau iklan helmet Apollo dan hanya menumpukan masanya untuk
mengeluarkan dan mengharumkan banyak model helmet-helmet jenama SGV
dan LTD sehinggakan mengabaikan helmet jenama APOLLO.
Solidgold
Helmets juga buat satu masa lebih kurang 10 tahun menumpukan masa
untuk menimba ilmu dan kepakaran mengeluarkan helmet untuk AGV &
Harley Davidson. Banyak diperlajari dari orang putih dari syarikat
AGV. Itulah sebab kami mampu mengeluarkan helmet-helmet LTD &
SGV yang cukup berkualiti :)
Tak
cukup belajar dari orang putih, kami terus mempertingkatkan kepakaran
kami dengan mengambil tindakan untuk memperolehi Sijil Pengurusan
Berkualiti ISO 9001 sejak tahun 2008.
Kini
Solidgold Helmets berhasrat untuk mengeluarkan satu helmet APOLLO
yang terbaru yang jauh lebih berkualiti dan terbaik dalam kelasnya di
Malaysia.
Stiker 60 Merah & Stiker APOLLO ORI Biru
Kami
panggil model helmet ini “APOLLO ORI” sebab yang “Original”
sememangnya helmet APOLLO.
Berikutan
maklumbalas-maklumbalas yang kami terima dan R&D (kajian dan
pembangunan) yang kami lakukan, helmet APOLLO ORI ialah helmet
APOLLO yang terbaik pernah kami keluarkan, siap dengan ciri-ciri yang
diminta dan diidami oleh pengguna-pengguna helmet APOLLO.
Pertama
sekali, kami membawa balik “rubber lining” yang design “retro”
yang sudah lama kami tidak keluar lagi. Maklumbalas dari pengguna
ialah mereka lebih suka design lama kami. Jadi kami juga
menggunabalik stiker lama APOLLO kami.
Kami
juga guna balik stiker merah “60”. Maklumbalas yang kami terima
ialah stiker ini sangat popular dan menarik perhatian. Walaupun saiz
60, kami telah memastikan 'fitting' helmet lebih ketat sikit sebab
kebanyakkan pengguna lebih suka 'fitting' yang lebih ketat. Jadi
helmet APOLLO ORI lebih sesuai untuk mereka yang kepala lebih kecil
sedikit.
Kami
tambahkan satu stiker biru“APOLLO ORI Since 1981” untuk
mengatakan bahawa Apollo sudah dikeluarkan semenjak tahun 1981.
D-Ring & Tag Hitam Lining Tebal & Retro Stiker 100% ABS ORI
Butang Tembaga Kain Jahitan Retro. Tebal & Lebih Selesa
Kami
tambah satu stiker baru di tepi iaitu stiker “100% ORIGINAL ABS”
dimana kami menegaskan bahawa kami mnggunakan 100% plastik ABS
original dan tidak mengguna plastik ABS kitar semula. Justeru itu,
helmet APOLLO adalah Lebih Selamat dan Lebih Berkualiti. Kami sangat
sangat mementingkan keselamatan pengguna dan langsung tidak berani
menggunakan plastik kitar semula.
Untuk
keselesaan dan kecantikkan, cara jahitan dalam helmet APOLLO ORI kini
diubah balik kepada rekabentuk 'retro'. Cara jahitan helmet APOLLO
yang pertama sekali, yang 'original' memang cara yang 'retro' yang
nampak lebih kemas dan cantik. Jadi, helmet APOLLO ORI ini
sememangnya berpatah balik kepada yang 'original', yang lebih bagus.
Untuk
keselamatan, kami bukan saja menggunakan buckle Double D-ring tetapi
juga menambahkan Tag berwarna hitam pada D-ring (sama seperti yang
digunakan pada helmet BELL yang lama).
Untuk
menambah lagi gaya, keselamatan dan membuat helmet APOLLO ORI ini
yang TERBAIK, Solidgold Helmets membuat keputusan untuk menggunakan
butang rivet TEMBAGA pada helmet APOLLO ORI.
Butang
tembaga tidak akan berkarat dan justeru itu, menambahkan keselamatan
helmet. Butang tembaga biasanya hanya digunakan pada helmet yang
mahal-mahal. Di sini, kami menggunakan butang rivet tembaga pada
helmet APOLLO yang mampu milik.
APOLLO
ORI kini nampak bergaya retro, selesa dipakai (terumatanya mereka
yang kepala kecil sedikit sebab 'fitting'nya ketat sikit) dan cukup
selamat sebab helmet ini tidak menggunakan plastik kitar semula dan
sememangnya lebih selamat dengan butang rivet tembaga yang bergaya.
Tambahan
pula, helmet APOLLO ORI dengan ciri-ciri istimewa tersebut masih
mampu milik dengan harga “price tag” RM48. Selepas diskaun
sedikit, harganya lagi mampu milik dan berbaloi.
yeahhhhh...dulu ada kaler putih tp ntah ke mana hilang
ReplyDeleteade lagi jual helmet ni..cadang nak beli satu
ReplyDeleteAku ade 1,helmet nie,tahun berape tak pasti,sebab sirim tu memang logo lame
ReplyDeleteApollo gs,sirim no 32379,g 51
ReplyDelete