Dalam
2 atau 3 tahun kebelakangan ini banyak helmet-helmet “klon” di
pasaran Malaysia.
Helmet-helmet
klon yang ada di pasaran di Malaysia sangat popular sebab banyak helmet-helmet klon tersebut menggunakan jenama-jenama helmet buatan negera Jepun.
Nama
dan stiker yang digunakan adalah sememangnya sama dengan jenama helmet original dari Jepun.
Dari
jauh, gaya dan rekabentuk stiker helmet-helmet klon ini
nampak macam sama dengan helmet Jepun yang original.
Semua
tahu dan sedar bahawa helmet-helmet tersebut bukan original tapi
ramai biker-biker masih beli helmet-helmet klon tersebut sebab
harganya hanyalah RM200 hingga RM300 saja berbanding dengan helmet original
dari Jepun berharga RM1,500 hingga RM2,500.
Ramai
yang idamkan untuk beli yang original tapi tak mampu.
Jadi sementara
menunggu masa bila mereka mampu beli yang original, mereka beli
helmet klon yang nampak macam yang original. Kononnya gaya mesti ada !
Pihak
LTD SGV Helmets TIDAK pernah dan TIDAK akan mengeluarkan
helmet-helmet klon yang menggunakan jenama orang lain sebab tindakan
tersebut sememangnya boleh dikatakan “cetak rompak” dan salah di
sisi undang-undang.
Apa
yang LTD SGV Helmets khuatir ialah kualiti dan keselamatan
helmet-helmet klon tersebut.
Banyak
helmet-helmet klon dalam pasaran tak ada stiker SIRIM .
Jika ada
stiker SIRIM, tak pasti stiker SIRIM itu ori atau tidak. Kami dengar
khabar ada stiker SIRIM yang palsu. Tempoh hari ada berita di suratkhabar yang mengatakan pihak berkuasa "menangkap" kedai yang menjual helmet dengan stiker SIRIM yang palsu. Tak tahu benar atau tidak.
Ada
yang mengatakan helmet-helmet klon tersebut lulus piawaian Eropah
tapi tahukah anda bagaimana untuk mengenapastikannya yang
helmet-helmet klon tersebut lulus piawaian Eropah ?
Jika
helmet-helmet klon tersebut tidak memenuhi piawaian Malaysia atau
antarabangsa, ianya TIDAK SELAMAT dipakai.
Helmet-helmet
sedemikian nampak cantik dan bergaya di luar tapi TAK SELAMAT
dipakai.
Ada
yang tak kisah. Janji bergaya sudah.
LTD
SGV Helmets mengalu-alukan biker-biker supaya mengutamakan
keselamatan anda.
Jangan mengabaikan keselamatan anda.
Pakailah
helmet-helmet yang berkualiti dan selamat demi orang yang disayangi anda.
No comments:
Post a Comment