Monday 26 January 2015

AGV dan SGV. Apakah bezanya ?

Helmet AGV adalah helmet jenama negara Itali, Eropah.

Helmet SGV pula adalah jenama helmet Malaysia yang dikeluarkan oleh syarikat Solidgold Helmets Sdn Bhd, kilang yang beralamat di Cheras Jaya, Balakong, Selangor.

AGV mula dikeluarkan pada 1947. Ianya adalah antara jenama helmet yang terawal di dunia.

SGV pula mula dikeluarkan di Malaysia pada tahun 1984. Ianya antara jenama helmet yang terawal di Malaysia.

Bagi ramai pengguna-pengguna helmet di Malaysia, jenama helmet SGV adalah lebih awal di Malaysia sebab helmet AGV hanya sampai di Malaysia selepas helmet SGV dikeluarkan.

Tak tahu apa makna “AGV” tapi “SGV” pula adalah bermakna “Solid Gold Value” ataupun Nilai Solid Gold iaitu helmet yang begitu bernilai dan berbaloi bagaikan nilai emas tulen. :)

Perkataan “Solid Gold” juga adalah penterjemahan terus nama pengasas syarikat Solidgold Helmets Sdn Bhd. :)



 


Pada mulanya ada kedai yang import helmet AGV  dan jual di Malaysia. Kemudian, syarikat AGV Itali melantik sabuah kilang di Malaysia untuk membuat helmet AGV untuk pasaran Malaysia. Kilang tersebut sudah lama tutup dan tak buat helmet AGV lagi.

Contoh helmet AGV yang dibuat oleh kilang tersebut ialah seperti berikut.



Helmet yang di atas buatan satu kilang yang lain dan BUKAN keluaran Solidgold Helmets.

Kemudian syarikat AGV melantik kilang Solidgold Helmets Sdn Bhd untuk membuat helmet untuk pihak AGV untuk dijual di luar negeri.

Banyak helmet-helmet AGV terutamanya siri Bali dibuat oleh Solidgold Helmets. Syarikat AGV juga meminta Solidgold Helmets untuk membuat banyak helmet jenama lain seperti LAZER, MDS Harley Davidson dan Diesel untuk mereka.

Untuk 2 atau 3 tahun, pihak Solidgold Helmets berjaya mendapat kelulusan pihak AGV untuk membuat dan mengedar helmet siri Bali (yang dilulus oleh SIRIM) di Malaysia. Pada masa itu, Solidgold Helmets bukan saja mengedar tetapi juga mengeluarkan helmet-helmet siri Bali tersebut di Malaysia.




Helmet AGV Bali Zoo yang ditandatangani oleh Valentino Rossi kepada Solidgold Helmets.





                                         Helmet Harley Davidson buatan Solidgold Helmets.

                          Helmet-helmet AGV siri Bali yang dibuat oleh Solidgold Helmets 



             Helmet jenama Diesel iaitu jenama 'Designer' yang dibuat oleh Solidgold Helmets



Pada masa itu, helmet AGV siri Bali dikeluarkan oleh Solidgold Helmets sementara helmet-helmet AGV fullface dikeluarkan di China dan helmet AGV motorcross dikeluarkan di Indonesia. Pada lebih kurang 5 tahun lepas selepas krisis kewangan dan ekonomi di Eropah, syarikat AGV memindah pengeluaran helmet siri Bali dari Solidgold Helmets ke India sebab mereka mahu helmet yang lebih murah lagi. Memandangkan kemelesetan ekonomi yang teruk di Eropah, AGV ditekan harga oleh pembeli-pembeli mereka. Jadi AGV pun cuba menekan harga kilang Solidgold Helmets yang membuat helmet siri Bali untuk mereka tetapi tidak berjaya.

Solidgold Helmets tidak dapat menjual helmet kepada AGV dengan harga yang terlalu murah sedangkan kualiti helmet yang dikeluarkan oleh Solidgold Helmets untuk AGV adalah sangat tinggi. Solidgold Helmets mahu mengekalkan kualiti helmet yang dikeluarkan tetapi tidak boleh menurunkan harganya sehingga rugi. Harga helmet siri Bali yang dijual oleh Solidgold Helmets kepada AGV tak sampai RM120 tetapi bila dieksport ke Eropah dan dihantar balik ke Malaysia dijual oleh AGV dengan harga RM600 hingga RM800 !

Solidgold Helmets yang mengeluarkan helmet SGV juga pada satu masa dahulu pengeluar (dan bukan saja pengedar) helmet AGV siri Bali dan beberapa helmet jenama antarabangsa seperti Harley Davidson, Diesel, Lazer dan MDS.

Kilang yang mengeluarkan helmet yang sangat tinggi kualitinya atas nama AGV dan Harley Davidson juga kilang yang sama mengeluarkan helmet SGV, helmet yang sangat diminati oleh rakyat Malaysia.

Teknologi dan kepakaran yang diperbelajari oleh Solidgold Helmets dari pakar-pakar helmet orang putih selama 10 tahun semasa mengeluarkan helmet AGV dan Harley Davidson kini digunapakai untuk membuat helmet-helmet SGV dan LTD yang sangat berkualiti dengan harga yang cukup mampu beli.


SGV Retro Stripes dan Check



SGV Cruiser Visorex Kuning yang sangat popular.



Mungkin Helmet SGV yang paling lama dikeluarkan iaitu pada tahun 1984.








Kedua-dua helmet di atas dikeluarkan oleh Solidgold Hellmets.  AGV dan SGV.



SGV Cruiser Malaysia  bagi mereka yang Patriotik 



                                                          TTS Kelab Penggemar SGV









                                                    SGV Trendy Lining Getah Putih.

                        SGV yang pertama keluarkan helmet sedemikian.  Trendy & Inovatif.



                                SGV Bikers dengan stiker Epoxy macam Harley Davidson.



                                                 Dunia Warna Warni SGV Trendy !



                                                    Helmet SGV Extreme PVC Leather.
                                Helmet gaya penunggang Easy Rider dan Harley Davidson.





                                                            SGV Cruiser Goggles




                                       Motorsikal-motorsikal Penggemar Helmet SGV Trendy.





Mencipta Identiti Anda Sendiri dengan Helmet & Cap Berwarna Warni.




                           .


Thursday 22 January 2015

SGV RIDER

SGV Rider ialah helmet 'steng' yang paling 'top' di Malaysia.



SGV Rider mempunyai gaya rekabentuknya yang tersendiri yang unik.








'Design' SGV Rider adalah retro dan klasik dengan getah “rubberlining” yang lebar dan tali kulit berlubang yang cukup bergaya. Tambahan pula, helmet SGV Rider sangat selesa dipakai.











Seperti ada orang putih pernah kata “Classic Never Go Out of Fashion” iaitu “Klasik Tidak akan Keluar Fesyen Selama-lamanya” atau “Klasik sentiasa Berfesyen”. Itulah sebab walaupun sudah lama helmet SGV Rider tak keluar, ianya masih sangat popular dan berfesyen sehingga hari ini.






SGV Rider tidak keluar lagi sebab dengan perlaksanaan piaiwaian SIRIM yang baru MS 1:1998 yang melarang helmet bentuk “steng” separuh tempurung , Solidgold Helmets tidak keluar helmet SGV Rider walaupun ramai yang meminta helmet SGV Rider dikeluarkan balik. Solidgold Helmets tidak akan keluar helmet yang tidak dapat lulus SIRIM. Jadi helmet SGV Rider kini jadi RARE dan diidami oleh ramai biker-biker sehinggakan nilai pasaran helmet ini melambung tinggi.

SGV Rider sebenarnya boleh lulus piaiwaian SIRIM dari segi ujian impak dan ujian penetrasi tapi gagal dari segi bentuk helmet 'steng' yang tidak dapat melindungi leher di bahagian belakang kepala.

Memandangkan begitu banyak permintaan penggemar-penggemar helmet SGV Rider yang inginkan helmet SGV Rider dikeluarkan balik, pihak Solidgold Helmets membuat keputusan untuk keluarkan satu model helmet baru SGV Rider 2 yang 'design' dan rekabentuknya berdasarkan helmet SGV Rider tapi bukan helmet 'steng' separuh tempurung. Ianya besar sedikit dan menutupi bahagian leher di belakang kepala dan justeru itu, lulus piawaian SIRIM.

Helmet baru SGV Rider 2 ini tidak akan menggunakan stiker 'Rider' yang lama supaya helmet Rider yang lama tetap 'RARE' dan 'vintage', dan tetap bernilai tinggi. Getah 'rubber lining SGV Rider lama yang lebar itu juga tidak diguna balik. Biarlah yang lama tetap yang lama.


Berikutnya 'SNEAK PREVIEW' gambar helmet 'proto-type' SGV RIDER 2 yang akan dikeluarkan.





Pihak Solidgold Helmets meminta maklumbalas dari penggemar-penggemar SGV Rider. 

Apakah pendapat penggemar-penggemar tegar SGV RIDER ? 

Contohnya, apakah warna-warna helmet SGV Rider yang anda paling suka ? 

Ada permintaan-permintaan tertentu ? 

Solidgold Helmets ingin membuat yang terbaik untuk penggemar-penggemar helmet SGV Rider. 

Jenama "SGV" sudah lebih dari 30 tahun di dalam pasaran Malaysia.  

Justeru, SGV jelas mampu mengeluarkan helmet-helmet bergaya 'retro' dan 'klasik' memenuhi citra rasa penggemar-penggemar helmet 'retro' dan 'klasik'.