Kilang Solidgold Helmets Sdn Bhd |
Solidgold Helmets Sdn Bhd yang beralamat di Balakong, Cheras Jaya, Selangor Darul Ehsan adalah pengeluar helmet-helmet jenama LTD & SGV.
Solidgold
Helmets Sdn Bhd ditubuhkan pada akhir tahun 1980 dan mula
mengeluarkan helmet pada awal tahun 1981.
Helmet yang pertama dikeluarkan ialah helmet berjenama Apollo. Helmet Apollo masih dikeluarkan tapi kini jauh kurang dikeluarkan berbanding dengan helmet LTD & SGV sebab Solidgold Helmets menumpukan lebih masa untuk mengeluarkan helmet LTD & SGV. Namun begitu, Solidgold Helmets ada niat untuk mengeluarkan satu helmet Apollo yang baru yang jauh lebih tinggi kualitinya berbanding dengan apa yang kini ada di dalam pasaran pada masa akan datang sebab memang ada pasaran yang agak tinggi untuk helmet yang ringkas, tak bercat dan mampu beli.

Helmets mempunyai lebih dari 33 tahun pengalaman dalam pengeluaran
helmet-helmet berjenama LTD, SGV, Index, EX-2, GP dan Apollo.
Pengalaman Solidgold Helmets memang luas sebab dalam 33 tahun
tersebut, Solidgold Helmets bukan saja mengeluarkan helmet untuk
pasaran tempatan tetapi juga untuk pasaran antarabangsa.
Ramai
orang tidak sedar bahawa Solidgold Helmets pernah bekerjasama dengan
syarikat AGV Italy selama 10 tahun untuk mengeluarkan helmet-helmet
berjenama AGV, MDS, LAZER & Harley Davidson untuk syarikat AGV
Italy. Justeru itu, Solidgold Helmets dapat memperolehi teknologi
dan kepakaran untuk mengeluarkan helmet berpiawaian Eropah (ECE
22.05) dan Amerika Syarikat (DOT).
Bila
syarikat AGV memindah pengeluaran helmet-helmet (yang dulunya dibuat oleh
Solidgold Helmets untuk pihak AGV) ke negara India untuk menjimat kos (berikutan krisis kewangan di Eropah), Solidgold Helmets mula menumpukan lebih
masa dan menggunakan teknologi serta kepakaran yang diperolehi dari
AGV Italy untuk meningkatkan lagi kualiti helmet LTD & SGV untuk
pasaran tempatan di Malaysia.
Dengan nasihat dan galakkan dari SIRIM QAS, Solidgold Helmets pada tahun 2007 mengambil
langkah untuk memulakan proses memperolehi Sijil Pengurusan
Berkualiti ISO 9001. Solidgold Helmets melantik seorang konsultan
ISO untuk mengkaji semula dan mengubah proses-proses pengeluaran
helmet supaya helmet yang dikeluarkan adalah berkualiti berdasarkan
satu Sistem Pengurusan Berkualiti yang berpiawaian antarabangsa.
Justeru itu, Solidgold
Helmets berjaya menjadi kilang helmet penunggang motorsikal dan helmet
industri yang pertama di Malaysia memperolehi Sijil
Pengurusan Berkualiti ISO 9001 pada 31 Oktober 2008.
Solidgold Helmets juga merupakan kilang yang pertama sekali di Malaysia yang mengeluarkan helmet kanak-kanak yang diluluskan oleh SIRIM untuk penggunaan di jalan raya dan memenuhi piawaian MS1:1998.
Solidgold Helmet bertekad dan berkomitmen untuk mengeluarkan helmet yang “BERKUALITI, SELAMAT & BERGAYA” melalui pembaikan berterusan ("continuous improvement"), inovasi dan perlaburan dalam sumber manusia, mesin dan kemudahan pengeluaran.
Adalah wawasan Solidgold Helmets untuk mengeluarkan helmet-helmet berkualiti yang mampu menjaminkan keselamatan jutaan penunggang motorsikal dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memakainya dengan rekabentuk yang bergaya dan keselesaan helmet-helmet tersebut.

No comments:
Post a Comment