Solidgold
Helmets akan melancarkan helmet SGV 5 & SGV SKULL yang baru.
Model
ini mungkin helmet SGV yang paling baik pernah dikeluarkan setakat
ini.
SGV 5 pertama kali dikeluarkan dengan 5 butang di depan helmet dan siap dengan cap 5 butang.
SGV 5 mempunyai tag butang di belakang helmet untuk yang nampak lebih retro dan membolehkan anda memasang goggles jika anda mahu. Stiker "OK" hijau dan "60" merah yang klasik.
SGV 5 siap dengan jahitan kain dalam yang lebih kemas (macam helmet MAG LTD) dan lebih selesa dipakai.
SGV 5 siap dengan Double D-Ring yang besar dan lebih berkualiti. Besi D-Ring jelas lebih tebal. Double D-Ring siap dengan Tag Hitam (macam helmet BELL yang ori).
Stiker
logo SGV adalah stiker 'kembang' epoxy yang mahal yang menambahkan
'”class” dan gaya.
Perhatikan Rubber
Lining yang jauh lebih tebal digunakan atas helmet SGV 5 ini yang jelas memberi gaya yang retro and
klasik.
SGV
5 ada 5 warna istimewa.
Hitam Matt yang nampak “kool”.
Hitam kilat yang ada sparkle bintik berwarna biru.
Merah kilat yang ada sparkle bintik berwarna emas.
Biru kilat yang ada sparkle bintik berwarna emas.
Warna
paling istimewa ialah warna kuning fluoresen (cat yang sama digunakan
dalam pengeluaran helmet AGV Bali 46). Cat ini sangat mahal dan
harga helmet pun lebih mahal sikit.
SGV Skull pula helmet FULL graphic tengorak yang nampak bergaya.
Pertama sekali helmet SGV keluar dengan grafik penuh.
SGV Skull ada 4 warna iaitu Hitam Matt, Hitam Kilat, Merah dan Biru.
Harga-harga
helmet akan diumumkan dan dijual tak lama lagi. :)
Boss bagi nombor whatsapp boleh boss
ReplyDelete