Friday, 31 October 2014

APAKAH ITU "I.S.O." ? “ITU SUSAH ORANG” ?




Bila saya menyertai syarikat Solidgold Helmets Sdn Bhd hampir 9 tahun lepas, syarikat Solidgold Helmets sudah mempunyai lebih dari 24 tahun pengalaman dalam pengeluaran helmet-helmet popular atas jenama LTD, SGV, Index, Apollo, GP dan sebagainya.

Solidgold Helmets juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengeluaran helmet untuk syarikat AGV Italy dan membuat helmet jenama AGV, MDS, LAZER and Harley Davidson untuk pihak AGV Italy. Solidgold Helmets memang sudah pakar mengeluar helmet.

Namun demikian, saya perhatikan bahawa ramai syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang besar-besar dan yang ada lebih “standard” itu ada Sijil ISO 9001.

Saya pun tertanya-tanya “Apakah itu ISO ?”. ISO itu mesti sesuatu yang “Bagus” bukan ?

Tahukah member-member bikers apakah itu Sijil ISO ? Saya percaya bahawa ramai yang tak tahu seperti saya sendiri tidak tahu apa itu ISO lebih kurang 9 tahun dahulu.

Apa yang diketahui oleh ramai orang ialah ISO itu sesuatu yang bagus. Jika ada ISO, barang itu lebih bagus. Mengapa bagus ? Tak tahu. Bagaimana ISO diperolehi ? Tak tahu.

Inilah Cerita helmet “Apakah itu ISO ?” dan Cerita perjalanan Solidgold Helmets dalam memperolehi Sijil ISO 9001.

Bila saya bertanya dengan penyelia-penyelia dan pengurus-pengurus di Solidgold Helmets
pada awal tahun 2006 apakah itu ISO ?

Saya diberitahu bahawa “Sijil ISO itu bagus tapi memandangkan proses mengeluarkan helmet itu melibatkan banyak proses, ianya sangat susah dan mungkin mustahil untuk sebuah kilang helmet untuk dapatkan Sijil ISO. Itulah sebab langsung tak ada satu kilang helmet di Malaysia yang dapat Sijil ISO.”

Selepas beberapa bulan berlalu, saya masih tak puas hati dan justeru itu, saya menghadiri satu ceramah untuk mendapat maklumat apakah itu ISO. Apa yang saya belajari ialah memang sangat susah untuk dapat Sijil ISO tapi tak mustahil.

Dengan galakkan dari SIRIM QAS, Solidgold Helmets membuat keputusan pada awal tahun 2007 untuk cuba memperolehi Sijil ISO 9001.

Saya memberitahu pekerja-pekerja Solidgold Helmets bahawa kami mesti cuba untuk mendapatkan Sijil ISO 900. Jika tak berjaya, tak apa. Janji kami cuba. Saya pasti bahawa Solidgold Helmets akan menjadi lebih baik jika kami cuba untuk mendapatkan Sijil ISO. Proses untuk mendapatkan Sijil ISO akan memaksa kami mengkaji semula proses-proses membuat helmet dan dalam pada itu, kami tentu sekali akan membuat perubahan dan pembaikan dalam proses membuat helmet. Perubahan dan pembaikan itu akan menjadikan Solidgold Helmets lebih baik lagi dalam membuat helmet.

Matlamatnya bukan sekadar memperolehi Sijil ISO 9001. Tak guna dapatkan Sijil ISO tapi tapi tak ada pembaikan. Saya memberitahu pekerja-pekerja bahawa tak apa jika kami gagal mendapat Sijil ISO. Yang lagi penting ialah untuk memperolehi pembaikan dalam proses kami cuba memperolehi Sijil ISO.

Solidgold Helmets melantik seorang Pakar Perunding (“Consultant”) dari luar untuk memberi pekerja-pekerja kami “training” dan mengajar kami bagaimana untuk memperolehi Sijil ISO.

Bila kami bertanya dengan Pakar Perunding apakah itu ISO ? Pakar Perunding tersebut bergurau dengan kami dan menjawab “ISO” bermakna “Itu Susah Orang”.

ISO sebenarnya bermakna “International Standard Organisation” atau Organisasi Piawaian Antarabangsa. Organisasi antarabangsa ini menetapkan banyak jenis piawaian antarabangsa dan antara yang paling popular ialah ISO 9001 iaitu piawaian tentang Sistem Pengurusan Berkualiti (“Quality Management System”). Syarikat yang memenuhi piawaian ini bermakna syarikat tersebut mempunyai satu sistem pengurusan yang berkualiti dan justeru itu, barangan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut tentu sekali berkualiti dan akan jadi lebih berkualiti sebab ISO 9001 menekankan pembaikkan berterusan.

Walaupun Pakar Perunding itu hanya bergurau, perlaksanaan ISO itu memang pada mulanya sangat menyusahkan pekerja-pekerja Solidgold Helmets.

Ramai pekerja-pekerja termasuk penyelia-penyelia serta pengurus-pengurus yang merungut. Banyak kerja ekstra yang perlu dilakukan. Ada yang bertanya mengapa kami perlu dapat Sijil ISO 9001 sedangkan kami dah pandai dan pakar membuat helmet sehinggalah orang putih Syarikat AGV Italy pun panggil kami buat helmet untuk mereka. AGV Italy pun tak mengwajibkan kami ada Sijil ISO. Saya memberitahu mereka bahawa Solidgold Helmets tak boleh tunggu sampai syarikat luar negeri macam AGV Italy mengwajibkan kami ada Sijil ISO, barulah kami bertindak.

Dengan nasihat dan bimbingan seorang Pakar Perunding ISO 9001, Solidgold Helmets mengkaji semula semua proses-proses membuat helmet and merekodkan proses-proses tersebut secara bertulis dalam satu buku atau Manual Kualiti. Setiap peringkat dan proses itu dikaji semula dan diperbaikkan lagi demi memastikan kualiti helmet-helmet yang dikeluarkan.

Satu sistem “tracing” juga diujudkan dimana jika kami menerima aduan tentang mana-mana satu helmet, kami dapat membuat “tracing” dan mencari balik siapakah, bilakah, mengapakah atau bagaimanakah masalah atau aduan tersebut berlaku supaya kami dapat kaji semula dan cuba mengelakkan masalah yang sama dari berlaku lagi sekali.

Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001 juga menyebabkan kami sentiasa secara berterusan mengkaji semula proses-proses kami (melalui mesyuarat-mesyuarat di antara penyelia-penyelia dan pengurus-pengurus yang terjadual dari masa ke semasa) dan bertindak untuk membetulkan apa yang silap (“Corrective Action” atau Tindakan Pembetulan) dan mengambil tindakan untuk mengelakkan apa mungkin akan menjadi masalah (“Preventive Action” atau Tindakan Pengelakkan). Contohnya, mesin-mesin yang digunakan untuk membuat helmet mesti ada Jadual “maintenance” atau servis untuk memastikan mesin tersebut berjalan dengan lancar atau mengelakkan mesin itu dari rosak.

Justeru itu, kami sentiasa akan mengambil tindakan untuk membuat yang lebih baik dan membuat pembaikkan berterusan (“Continuous Improvement”).

Tambahan pula, dengan sistem ISO 9001, Solidgold Helmets menjadi sebuah syarikat yang mengutamakan pelanggan dan menjadi lebih peka dan sensitif terhadap maklumbalas dari pelanggan kami. Sebahagian model-model helmet baru keluaran kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah berikutan penerimaan maklumbalas dari pelanggan kami. Kami menjadi lebih sedar dan peka dengan apa yang diminta dan diidami oleh pelanggan kami sebab “Pelanggan Sememangnya No. 1”.

Selepas pekerja-pekerja Solidgold Helmets bertungkus lumus, banyak “berpeluh dan bersusah hati” membuat banyak perubahan dan pembaikan selama lebih kurang setahun setengah, Solidgold Helmets dengan bangganya akhirnya pada 31 Oktober 2008 berjaya menjadi kilang helmet penunggang motorsikal serta helmet industri yang pertama di Malaysia yang diiktirafkan dengan Sijil ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS.

Hari ini, 31 Oktober 2014, genap-genap 6 tahun Solidgold Helmets Sdn Bhd berjaya memperolehi Sijil Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2008 dan masih terus membuat pembaikan berterusan untuk mengeluarkan helmet yang lebih berkualiti. 




Thursday, 30 October 2014

HELMET SGV 5 & SGV SKULL - "SNEAK PREVIEW"

Solidgold Helmets akan melancarkan helmet SGV 5 & SGV SKULL yang baru.

Model ini mungkin helmet SGV yang paling baik pernah dikeluarkan setakat ini.




SGV 5 pertama kali dikeluarkan dengan 5 butang di depan helmet dan siap dengan cap 5 butang.




SGV 5 mempunyai tag butang di belakang helmet untuk yang nampak lebih retro dan membolehkan anda memasang goggles jika anda mahu.    Stiker "OK" hijau dan "60" merah yang klasik.




SGV 5 siap dengan jahitan kain dalam yang lebih kemas (macam helmet MAG LTD) dan lebih selesa dipakai.




SGV 5 siap dengan Double D-Ring yang besar dan lebih berkualiti. Besi D-Ring jelas lebih tebal. Double D-Ring siap dengan Tag Hitam (macam helmet BELL yang ori).



Stiker logo SGV adalah stiker 'kembang' epoxy yang mahal yang menambahkan '”class” dan gaya.




Perhatikan Rubber Lining yang jauh lebih tebal digunakan atas helmet SGV 5 ini yang jelas memberi gaya yang retro and klasik.



SGV 5 ada 5 warna istimewa.




                                                 Hitam Matt yang nampak “kool”.





                                         Hitam kilat yang ada sparkle bintik berwarna biru.





                                     Merah kilat yang ada sparkle bintik berwarna emas.



 

                                           Biru kilat yang ada sparkle bintik berwarna emas.






Warna paling istimewa ialah warna kuning fluoresen (cat yang sama digunakan dalam pengeluaran helmet AGV Bali 46). Cat ini sangat mahal dan harga helmet pun lebih mahal sikit.










SGV Skull pula helmet FULL graphic tengorak yang nampak bergaya. Pertama sekali helmet SGV keluar dengan grafik penuh.

SGV Skull ada 4 warna iaitu Hitam Matt, Hitam Kilat, Merah dan Biru.


Harga-harga helmet akan diumumkan dan dijual tak lama lagi.   :)

Friday, 24 October 2014

SOLIDGOLD HELMETS SDN BHD


Kilang Solidgold Helmets Sdn Bhd 


Solidgold Helmets Sdn Bhd yang beralamat di Balakong, Cheras Jaya, Selangor Darul Ehsan adalah pengeluar helmet-helmet jenama LTD & SGV.

Solidgold Helmets Sdn Bhd ditubuhkan pada akhir tahun 1980 dan mula mengeluarkan helmet pada awal tahun 1981. 

Helmet yang pertama dikeluarkan ialah helmet berjenama Apollo.  Helmet Apollo masih dikeluarkan tapi kini jauh kurang dikeluarkan berbanding dengan helmet LTD & SGV sebab Solidgold Helmets menumpukan lebih masa untuk mengeluarkan helmet LTD & SGV.  Namun begitu, Solidgold Helmets ada niat untuk mengeluarkan satu helmet Apollo yang baru yang jauh lebih tinggi kualitinya berbanding dengan apa yang kini ada di dalam pasaran pada masa akan datang sebab memang ada pasaran yang agak tinggi untuk helmet yang ringkas, tak bercat dan mampu beli.

Solidgold Helmets mempunyai lebih dari 33 tahun pengalaman dalam pengeluaran helmet-helmet berjenama LTD, SGV, Index, EX-2, GP dan Apollo. Pengalaman Solidgold Helmets memang luas sebab dalam 33 tahun tersebut, Solidgold Helmets bukan saja mengeluarkan helmet untuk pasaran tempatan tetapi juga untuk pasaran antarabangsa.

Ramai orang tidak sedar bahawa Solidgold Helmets pernah bekerjasama dengan syarikat AGV Italy selama 10 tahun untuk mengeluarkan helmet-helmet berjenama AGV, MDS, LAZER & Harley Davidson untuk syarikat AGV Italy. Justeru itu, Solidgold Helmets dapat memperolehi teknologi dan kepakaran untuk mengeluarkan helmet berpiawaian Eropah (ECE 22.05) dan Amerika Syarikat (DOT). 

Bila syarikat AGV memindah pengeluaran helmet-helmet (yang dulunya dibuat oleh Solidgold Helmets untuk pihak AGV) ke negara India untuk menjimat kos (berikutan krisis kewangan di Eropah), Solidgold Helmets mula menumpukan lebih masa dan menggunakan teknologi serta kepakaran yang diperolehi dari AGV Italy untuk meningkatkan lagi kualiti helmet LTD & SGV untuk pasaran tempatan di Malaysia.

Dengan nasihat dan galakkan dari SIRIM QAS, Solidgold Helmets pada tahun 2007 mengambil langkah untuk memulakan proses memperolehi Sijil Pengurusan Berkualiti ISO 9001. Solidgold Helmets melantik seorang konsultan ISO untuk mengkaji semula dan mengubah proses-proses pengeluaran helmet supaya helmet yang dikeluarkan adalah berkualiti berdasarkan satu Sistem Pengurusan Berkualiti yang berpiawaian antarabangsa.

Justeru itu, Solidgold Helmets berjaya menjadi kilang helmet penunggang motorsikal dan helmet industri yang pertama di Malaysia memperolehi Sijil Pengurusan Berkualiti ISO 9001 pada 31 Oktober 2008.

Solidgold Helmets juga merupakan kilang yang pertama sekali di Malaysia yang mengeluarkan helmet kanak-kanak yang diluluskan oleh SIRIM untuk penggunaan di jalan raya dan memenuhi piawaian MS1:1998. 

Solidgold Helmet bertekad dan berkomitmen untuk mengeluarkan helmet yang “BERKUALITI, SELAMAT & BERGAYA” melalui pembaikan berterusan ("continuous improvement"), inovasi dan perlaburan dalam sumber manusia, mesin dan kemudahan pengeluaran.  

Adalah wawasan Solidgold Helmets untuk mengeluarkan helmet-helmet berkualiti yang mampu menjaminkan keselamatan jutaan penunggang motorsikal dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memakainya dengan rekabentuk yang bergaya dan keselesaan helmet-helmet tersebut.