Bila saya
menyertai syarikat Solidgold Helmets Sdn Bhd hampir 9 tahun lepas,
syarikat Solidgold Helmets sudah mempunyai lebih dari 24 tahun
pengalaman dalam pengeluaran helmet-helmet popular atas jenama LTD,
SGV, Index, Apollo, GP dan sebagainya.
Solidgold Helmets
juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengeluaran helmet untuk
syarikat AGV Italy dan membuat helmet jenama AGV, MDS, LAZER and
Harley Davidson untuk pihak AGV Italy. Solidgold Helmets memang
sudah pakar mengeluar helmet.
Namun demikian,
saya perhatikan bahawa ramai syarikat-syarikat dan kilang-kilang yang
besar-besar dan yang ada lebih “standard” itu ada Sijil ISO 9001.
Saya pun
tertanya-tanya “Apakah itu ISO ?”. ISO itu mesti sesuatu yang
“Bagus” bukan ?
Tahukah
member-member bikers apakah itu Sijil ISO ? Saya percaya bahawa
ramai yang tak tahu seperti saya sendiri tidak tahu apa itu ISO lebih
kurang 9 tahun dahulu.
Apa yang diketahui
oleh ramai orang ialah ISO itu sesuatu yang bagus. Jika ada ISO,
barang itu lebih bagus. Mengapa bagus ? Tak tahu. Bagaimana ISO
diperolehi ? Tak tahu.
Inilah Cerita
helmet “Apakah itu ISO ?” dan Cerita perjalanan Solidgold
Helmets dalam memperolehi Sijil ISO 9001.
Bila saya bertanya
dengan penyelia-penyelia dan pengurus-pengurus di Solidgold Helmets
pada awal tahun
2006 apakah itu ISO ?
Saya diberitahu
bahawa “Sijil ISO itu bagus tapi memandangkan proses mengeluarkan
helmet itu melibatkan banyak proses, ianya sangat susah dan mungkin
mustahil untuk sebuah kilang helmet untuk dapatkan Sijil ISO. Itulah
sebab langsung tak ada satu kilang helmet di Malaysia yang dapat
Sijil ISO.”
Selepas beberapa
bulan berlalu, saya masih tak puas hati dan justeru itu, saya
menghadiri satu ceramah untuk mendapat maklumat apakah itu ISO.
Apa yang saya belajari ialah memang sangat susah untuk dapat Sijil
ISO tapi tak mustahil.
Dengan galakkan
dari SIRIM QAS, Solidgold Helmets membuat keputusan pada awal tahun
2007 untuk cuba memperolehi Sijil ISO 9001.
Saya memberitahu
pekerja-pekerja Solidgold Helmets bahawa kami mesti cuba untuk
mendapatkan Sijil ISO 900. Jika tak berjaya, tak apa. Janji kami
cuba. Saya pasti bahawa Solidgold Helmets akan menjadi lebih baik
jika kami cuba untuk mendapatkan Sijil ISO. Proses untuk mendapatkan
Sijil ISO akan memaksa kami mengkaji semula proses-proses membuat
helmet dan dalam pada itu, kami tentu sekali akan membuat perubahan
dan pembaikan dalam proses membuat helmet. Perubahan dan pembaikan
itu akan menjadikan Solidgold Helmets lebih baik lagi dalam membuat
helmet.
Matlamatnya bukan
sekadar memperolehi Sijil ISO 9001. Tak guna dapatkan Sijil ISO tapi
tapi tak ada pembaikan. Saya memberitahu pekerja-pekerja bahawa tak
apa jika kami gagal mendapat Sijil ISO. Yang lagi penting ialah untuk
memperolehi pembaikan dalam proses kami cuba memperolehi Sijil ISO.
Solidgold Helmets
melantik seorang Pakar Perunding (“Consultant”) dari luar untuk
memberi pekerja-pekerja kami “training” dan mengajar kami
bagaimana untuk memperolehi Sijil ISO.
Bila
kami bertanya dengan Pakar Perunding apakah itu ISO ? Pakar
Perunding tersebut bergurau dengan kami dan menjawab “ISO”
bermakna “Itu
Susah
Orang”.
ISO sebenarnya
bermakna “International Standard Organisation” atau Organisasi
Piawaian Antarabangsa. Organisasi antarabangsa ini menetapkan
banyak jenis piawaian antarabangsa dan antara yang paling popular
ialah ISO 9001 iaitu piawaian tentang Sistem Pengurusan Berkualiti
(“Quality Management System”). Syarikat yang memenuhi piawaian
ini bermakna syarikat tersebut mempunyai satu sistem pengurusan yang
berkualiti dan justeru itu, barangan yang dikeluarkan oleh syarikat
tersebut tentu sekali berkualiti dan akan jadi lebih berkualiti
sebab ISO 9001 menekankan pembaikkan berterusan.
Walaupun Pakar
Perunding itu hanya bergurau, perlaksanaan ISO itu memang pada
mulanya sangat menyusahkan pekerja-pekerja Solidgold Helmets.
Ramai
pekerja-pekerja termasuk penyelia-penyelia serta pengurus-pengurus
yang merungut. Banyak kerja ekstra yang perlu dilakukan. Ada yang
bertanya mengapa kami perlu dapat Sijil ISO 9001 sedangkan kami dah
pandai dan pakar membuat helmet sehinggalah orang putih Syarikat AGV
Italy pun panggil kami buat helmet untuk mereka. AGV Italy pun tak
mengwajibkan kami ada Sijil ISO. Saya memberitahu mereka bahawa
Solidgold Helmets tak boleh tunggu sampai syarikat luar negeri macam
AGV Italy mengwajibkan kami ada Sijil ISO, barulah kami bertindak.
Dengan nasihat dan
bimbingan seorang Pakar Perunding ISO 9001, Solidgold Helmets
mengkaji semula semua proses-proses membuat helmet and merekodkan
proses-proses tersebut secara bertulis dalam satu buku atau Manual
Kualiti. Setiap peringkat dan proses itu dikaji semula dan
diperbaikkan lagi demi memastikan kualiti helmet-helmet yang
dikeluarkan.
Satu sistem
“tracing” juga diujudkan dimana jika kami menerima aduan tentang
mana-mana satu helmet, kami dapat membuat “tracing” dan mencari
balik siapakah, bilakah, mengapakah atau bagaimanakah masalah atau
aduan tersebut berlaku supaya kami dapat kaji semula dan cuba
mengelakkan masalah yang sama dari berlaku lagi sekali.
Sistem Pengurusan
Berkualiti ISO 9001 juga menyebabkan kami sentiasa secara berterusan
mengkaji semula proses-proses kami (melalui mesyuarat-mesyuarat di
antara penyelia-penyelia dan pengurus-pengurus yang terjadual dari
masa ke semasa) dan bertindak untuk membetulkan apa yang silap
(“Corrective Action” atau Tindakan Pembetulan) dan mengambil
tindakan untuk mengelakkan apa mungkin akan menjadi masalah
(“Preventive Action” atau Tindakan Pengelakkan). Contohnya,
mesin-mesin yang digunakan untuk membuat helmet mesti ada Jadual
“maintenance” atau servis untuk memastikan mesin tersebut
berjalan dengan lancar atau mengelakkan mesin itu dari rosak.
Justeru itu, kami
sentiasa akan mengambil tindakan untuk membuat yang lebih baik dan
membuat pembaikkan berterusan (“Continuous Improvement”).
Tambahan pula,
dengan sistem ISO 9001, Solidgold Helmets menjadi sebuah syarikat
yang mengutamakan pelanggan dan menjadi lebih peka dan sensitif
terhadap maklumbalas dari pelanggan kami. Sebahagian model-model
helmet baru keluaran kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini
adalah berikutan penerimaan maklumbalas dari pelanggan kami. Kami
menjadi lebih sedar dan peka dengan apa yang diminta dan diidami oleh
pelanggan kami sebab “Pelanggan Sememangnya No. 1”.
Selepas
pekerja-pekerja Solidgold Helmets bertungkus lumus, banyak “berpeluh
dan bersusah hati” membuat banyak perubahan dan pembaikan selama
lebih kurang setahun setengah, Solidgold Helmets dengan bangganya
akhirnya pada 31 Oktober 2008 berjaya menjadi kilang helmet
penunggang motorsikal serta helmet industri yang pertama di Malaysia
yang diiktirafkan dengan Sijil ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS.