Thursday 22 January 2015

SGV RIDER

SGV Rider ialah helmet 'steng' yang paling 'top' di Malaysia.



SGV Rider mempunyai gaya rekabentuknya yang tersendiri yang unik.








'Design' SGV Rider adalah retro dan klasik dengan getah “rubberlining” yang lebar dan tali kulit berlubang yang cukup bergaya. Tambahan pula, helmet SGV Rider sangat selesa dipakai.











Seperti ada orang putih pernah kata “Classic Never Go Out of Fashion” iaitu “Klasik Tidak akan Keluar Fesyen Selama-lamanya” atau “Klasik sentiasa Berfesyen”. Itulah sebab walaupun sudah lama helmet SGV Rider tak keluar, ianya masih sangat popular dan berfesyen sehingga hari ini.






SGV Rider tidak keluar lagi sebab dengan perlaksanaan piaiwaian SIRIM yang baru MS 1:1998 yang melarang helmet bentuk “steng” separuh tempurung , Solidgold Helmets tidak keluar helmet SGV Rider walaupun ramai yang meminta helmet SGV Rider dikeluarkan balik. Solidgold Helmets tidak akan keluar helmet yang tidak dapat lulus SIRIM. Jadi helmet SGV Rider kini jadi RARE dan diidami oleh ramai biker-biker sehinggakan nilai pasaran helmet ini melambung tinggi.

SGV Rider sebenarnya boleh lulus piaiwaian SIRIM dari segi ujian impak dan ujian penetrasi tapi gagal dari segi bentuk helmet 'steng' yang tidak dapat melindungi leher di bahagian belakang kepala.

Memandangkan begitu banyak permintaan penggemar-penggemar helmet SGV Rider yang inginkan helmet SGV Rider dikeluarkan balik, pihak Solidgold Helmets membuat keputusan untuk keluarkan satu model helmet baru SGV Rider 2 yang 'design' dan rekabentuknya berdasarkan helmet SGV Rider tapi bukan helmet 'steng' separuh tempurung. Ianya besar sedikit dan menutupi bahagian leher di belakang kepala dan justeru itu, lulus piawaian SIRIM.

Helmet baru SGV Rider 2 ini tidak akan menggunakan stiker 'Rider' yang lama supaya helmet Rider yang lama tetap 'RARE' dan 'vintage', dan tetap bernilai tinggi. Getah 'rubber lining SGV Rider lama yang lebar itu juga tidak diguna balik. Biarlah yang lama tetap yang lama.


Berikutnya 'SNEAK PREVIEW' gambar helmet 'proto-type' SGV RIDER 2 yang akan dikeluarkan.





Pihak Solidgold Helmets meminta maklumbalas dari penggemar-penggemar SGV Rider. 

Apakah pendapat penggemar-penggemar tegar SGV RIDER ? 

Contohnya, apakah warna-warna helmet SGV Rider yang anda paling suka ? 

Ada permintaan-permintaan tertentu ? 

Solidgold Helmets ingin membuat yang terbaik untuk penggemar-penggemar helmet SGV Rider. 

Jenama "SGV" sudah lebih dari 30 tahun di dalam pasaran Malaysia.  

Justeru, SGV jelas mampu mengeluarkan helmet-helmet bergaya 'retro' dan 'klasik' memenuhi citra rasa penggemar-penggemar helmet 'retro' dan 'klasik'.   




















3 comments:

  1. Boleh tak keluarkan limited edition bentuk mask rider, gaban, power ranger ataupun super hero lain. Ramai peminat seluruh dunia mencari versi yang boleh diguna untuk menunggang motor. kalau costom made tak boleh pakai bawak motor. Nak saya bantu pun boleh.

    ReplyDelete
  2. Boleh tk sy dapatkn part getah lubang2 tu untuk rider steng ?
    Kalau tkde pon dpt untuk model rider 2 pon ok dh 🙏
    Boleh ke bantu sy 🙏

    ReplyDelete